Kehidupan adalah anugerah utama yang diberikan
Ilahi kepada hambanya, Anugerah kehidupan
adalah gambaran kebesaran buat mahluk ciptaan
nya di alam semesta. Justeru itu menafaatkan
untuk kesejahteraan hidup kita, diri kita dan
umat sejagat.. kehidupan tanpa cabaran bukan
lah kehidupan yang sempurna , terkadang arus
yang deras tidak mampu untuk kita tempuh hanya
berteman tangisan yang munkin mengubat sedikit
kelukaan . Bertemankan sekelumit harapan dan
nasihat dari insan yang bergelar sahabat diri
yang hina mampu mengukir senyuman walaupun
berada jauh ditengah lautan kesedihan.
Hari hari yang ditempuhi bagaikan satu nafas
baru dalam suara kehidupan. Terkadang mengapa
semua harus terjadi, mengapa disaat terangnya
dunia dengan cahaya hidup dicabar dengan
masalah dunia.
Permainan kehidupan bagaikan satu peniggalan
sepenggal dusta dalam rasa kehidupan, satu
permainan yang belum ada akhirnya.
Diri yang semakin senja pada kehidupan yang
melebihi suku abad, aku hanya mampu memeluk
rasa menerima apa jua halangan dan rintangan
sebagai asam garam kehidupan dalam memeluk
mimpi senja yang kelabu dalam meniti harapan
fajar kelana kehidupan.
Seiring perjalanan bagaikan gerimis merindukan
danau, membuatkan aku tak yakin untuk
melangkah jauh. Namun semangat dan harapan
bagaikan bagaikan menghilangkan segenggam luka
yang dimiliki, akan tetapi mengapa cahaya
pelangi terkadang menjadi api.
Kehidupan adalah sebuah cerita. semuanya akan
datang dan semuanya juga akan pergi sesuai
dengan waktu yang sudah di tentukan oleh
tuhan . kita haruslah belajar berdiri dengan
dua kaki dimana kesabaran yang menjadi teras
kehidupan.
Bagi setiap musibah ada penghibur yang
meringankannya. Bagaikan meniti panjang di
serta debu yang beterbangan, keringat luka
dihati masih tertancap difikiran. Sentiasalah
berazam untuk teguhkan diri dalam menempuhi
kehidupan , akan tetapi bagi diri yang hina
ini aku bersyukur kerana mereka yang bergelar
sahabat sering memberi nasihat bagi aku
meneruskan perjuangan kehidupan.
shabatku adalah titisan embun pagi yang jatuh
membasahi kegersangan hati, kehebatan
persahabatan terpancar sinar hingga mampu
menyuburkan seluruh taman sanubari dalam
kesejukan, mencari kepanasan yang
menggembirakan bersama gelak tawa yang
harmoni, bagaikan irama yang mengalun
memberikan ketengangan jiwa yang abadi. mereka
adalah bintang malam di angkasa raya yang
sentiasa berkerlipan memberi sinar dikala gelap
sesungguhnya merekalah yang menemani
kesendirian rembulan yang berduka
hingga mampu menerangi gelap semesta yang
berada dalam kebersamaan.
Sahabatku sahabatku adalah pohon rendang
dengan seribu dahan yang memayungi dari terik
matahari yang tidak tertahankan hingga mampu
memberikan keteduhan dalam kedamaian, waktu
bersama memberikan kenangan yang indah, hilai
tawa yang melucukan menjadi rencah kegembiraan,
resah hidup yang semakin pudar dikala
kegembiraan ianya seperti luka dalam yang yang
semakin sembuh, tetapi adakalanya luka itu
terus berdarah dan tak mampu berhenti.
Wahai angin pengembara sepi, kabarkanlah
kepadaku tentang dirinya tentang sahabatku,
Sahabatku adalah kumpulan mata air dari telaga
suci yang jernih mengalir tiada henti
hingga mampu menghapuskan rasa dahaga diri
dalam kesegaran . percutian bersama teman yang
dikenali sahabat memberikan ketenangan dijiwa,
setiap saat menberikan gelak tawa yang hormoni
sehingga menyukir senyuman yang ikhlas,
Laksana cermin dalam bayangan jiwa, yang
menggetarkan palung hati hingga
penghantarkan kehangatan bara, dari bekunya
hati sang kelana, aku berkelana mencari
kegembiraan bersama teman-teman, ingin sekali
aku berkongsi kegembiraan menjadi kan kenangan
diladal blog ku ini supaya memori persahabatan
akan kekal bersama,
Sahabatku adalah derasnya hujan yang turun yang
menyirami setiap ruang bumi yang berdebu hingga
mampu membersihkan mahkota bunga dan dedaun
dalam kesucian.
Aku menyusan jari menyucapkan terima kasih,
bagaikan untaian intan permata
yang berkilau indah sebagai anugerah tiada tara
hingga mampu menebar pesona jiwa
dalam keindahan, Wahai angin bertiup
ceritakanlah kepada sahabatku tanda terima
kasih ku yang tak terhingga ..
Sahabat, engkau inspirasi bagiku,
mengingatkanku di tengah alpaku
Menjagaku di tengah lalaiku mendoakanku meski
aku tak pernah tahu…
Aku sayang kamu semua………
Laksana pantai menanti ombak dalam pelukan yang
terendam pada dalamnya kebisuan tanpa kata
seperti bunga yang menjaga tingginya kuncup
pada pandangan mata tak juga meredup,
mencumbui waktu dalam lautan sukma yang tak
berpenghujung, aku menjalani hari sepi dengan
memenuhi masa lapang kehidupan, dalam desiran
angin sayu, kadang-kadang kesabaran yang tumbuh
di lubuk kalbu meleburkan kebimbangan dari
kelam cerita lalu.
Bagaikan kabus yang mengaburkan pandangan sepi.
Hariku diganggu oleh resah lalu sehingga
tumpuan hilang bak kicauan burung di udara.
Bagaikan butiran hujan yang jatuh selayak
mutiara menitisnya dipipi mengenang nasib yang
sering dirundung malang .
Bilakan saatnya tiba pekara ini akan berakhir,
andai mampu kubuka jendela masa masa lalu,
akan ku ubah segalanya menjadi bahagia,
kegiatan masa lapang yang menggembirakan
ahirnya mungundang mimpi ngeri yang yang
mengakibatkan kemalangan.
Apakah gerangan yang berlaku pada diriku
sehingga ini semua berlaku, munkinkan
permasalahan pada diri ini, sungguh surga di
hatiku telah tiada. namun ku tak bisa
menyembunyikan. Kerendahan hati merupakan ruang
tunggu bagi kesempurnaan setiap yang berlaku
kejadian kemalangan yang mengakibatkan tiga
buah kenderaan bagaikan satu tamparan yang
mengejutkan semua teman teman, aku seolah olah
terpaku, kehadiran yang ku fikir membawa
keseronokan, tetapi ianya lebih banyak menipu
daripada kesusahan . Permasalahan yang tidak
dirancang menjadikan pemikiran ku bagaikan
menerima kejutan yang tak terhingga.
Jiwa ku yang kuat tidak lagi mampu menahan
permasalahan yang timbul dan hati mula takut
pada diri sendiri. Kesangsian dan ketakutan
dalam diri menjadikan diri begitu kerdil,
bagaikan prasangka didalam diri membenci akan
diri sendiri, didalam samar kekalutan masalah
yang dihadapi, aku sekali lagi dikejutkan
dengan kehadiran seorang hamba Allah
menyatakan hasrat membantu aku menyelesaikan
dari segi kewangan setelah kemalangan yang
melibatkan tiga kenderaan pada satu masa,
Terimakasih sahabat kerna telah membuatku
kagum akan dirimu, telah membuatku tertegun
dengan keikhlasan mu. mengingatkanku akan
kelemahanku yang tak mampu membalas budimu, kau
menjadi cermin keikhlasan atas budimu kepada
diriku yang lusuh, Terimakasih sahabat kau
telah membuatku sadar budi mu sebagai sahabat
tak mampu kubayar Terimakasih juga kerana kau
memberi semangat yang telah membuat hatiku
lebih bersemangat. Budimu telah membuatku
tersenyum dan lega,
Kepada taman-taman yang indah yang ada di
dadaku Ia selalu terus ada tetap bersamaku dan
selalu ikut kemana saja kepergianku aku memohon
sepuluh jari memohon maaf kerana kemalangan
yang telah berlaku, sesungguhnya ia bukan
rancangan ku, maafkan ku..
Terima kasih kepada amin yang sudi sponser baik pulih kenderaan
terima kasih banyak banyak.