Monday 25 April 2011

Wajah Pelik Ku




Waktu berlalu kini hari merangkak senja,

merebahkan diri tanda kelesuan, aku menarik 

nafas panjang, tak dapat ku lupakan leteran 

demi leteran yang ku terima dari pakar 

perubatan, aku hanya mampu terdiam dan 

tersenyum, hanya berharap sesuatu yang bermakna 

yang bisa mengubah hari ku, ternyata walaupun 

berat hati untuk dia memberikanya namun aku 

berjaya mendapatkan walaupun risiko menanti 

dikemudian hari. Dikamarku  pandangan ku 

beralih  tajam melihat putaran yang 

menghasilkan kedinginan, dalam bayangan ku 

ingin aku menjadi angin, alangkah bahagianya 

walaupun ianya adalah diluar kenyataan. Biarpun 

aku sendiri masih bermalasan beranjak dari 

rebahan, pandangan ku beralih kearah luar 

kamar, senja telah berlalu beranjak dewasa,  

hanya gelap malam yang diterangi neon 

menemaniku. Di kotak fikiran ku , sejenak 

berfikir tentangnya walaupun cuba aku 

mengelaknya namun tetap menghantui pikiranku. 

Entah apa yang dirasa ketika ini tetap saja 

menyantuh sukma bagaikan menjadi pertualang di 

minda ku, seluruh rasa di benak ku,  ku 

Lepaskan yang terpendam sejenak, seketika 

memikirkannya jantung berdebar indah terasa, 

lamunan ku terhenti  tatkala deringan berbunyi, 

panggilan dari kenalan ku ternyata mengubah 

lamunanku, lamunan ku terhenti untuk keluar 

bersiar siar seketika tatkala terdetik 

dihatiku, ingatan ku sedetik tadi hanya sekadar 

renungan kerana ianya cerita penyakit jiwa,



Kejauhan malam bagaikan mencemburui diriku, 

pulangnya aku dari melihat luarnya dunia 

kamarku, gelak tawa sebentar tadi amat merubah 

suasana, kini hanya mengharap tidurku lena 

dalam senyuman.  Bagaikan dedaun mengusik 

jendela dikamarku ditiup  angina sepoi sepoi, 

mengapa lena tiada menyapaku sedangkan  malam 

bertandang sudah.  Mengelamun terkenang 

meskipun pelbagai kesengsaraan  menimpa hidup 

ku, walaupun kesakitan dan keperitan menjadi 

bebanan namun aku bersyukur kerana setiap apa 

yang berlaku adalah ketentuan yang ditetapkan 

untuk mengharungi lautan ini demi mengenali 

erti satu kehidupan,


Pandangan ku beralih kecermin besar diruang 

kamar, terkenang oleh ku pernahkan ada impian 

terlukis indah mewarnai hidupku, selangkah demi 

selangkah aku bergerak memperlihatkan diri , 

pantulan bayangan diri didalam kaca jelas besar 

kelihatan diriku. Ternyata hidup ini adalah 

pinjaman, itulah yang terkeluar dari kotak 

mindaku, tetapi berapa ramai yang sedar 

kehidupan ini sekadar pinjaman? . Dalam 

menghayati erti sebuah kehidupan akan aku cuba 

mengharungi dengan senyuman.


Dalam dinginnya malam, seketika terkenangnya 

kepada cabaran yang telah diberikan oleh teman 

ku supaya mempamirkan wajah wajah pelik di 

laman blog ku ini, bagaikan keraguan dihati 

untuk memaparkan wajah wajah pelik ini, tetapi 

demi  kehangatan  cabaran yang diusulkan, kan 

ku menyahut dengan senang hati,


Bagaikan Berlari sambil tertawa pabila melihat 

gambar gambar wajah pelik yang akan dikongsi 

bersama dan merasakan kembali semua kenangan 

yang pernah ada bersama teman teman akan aku 

paparkan bersama buat kenangan.






































































































Ingin sekali aku segera kembali, dan melewatkan 

waktu ku bersama teman. Dimana kegembiraan 

terjalin dan terpatri dengan indahnya hingga ku 

lupa yang sepantasnya ku cari dalam sepi dunia 

ini. Dalam derasnya waktu berlalu , ada 

senyuman yang muncul dalam kebersamaannya. 

Walaupun wajah wajah pelik ini menjadi kutukan 

dari sesetengah pihak, namum tersirat sejuta 

cerita bahawa inilah diriku yang sebenar, Dari 

satu sisi hati ku, Aku tak bisa menipu bahawa 

ianya  berarti dan itulah kegembiraan ku.



Bagaikan sunyi menguntai nyanyian hari yang 

syahdu oleh bisikan angin dingin  di malam ini, 

diri ku bagaikan enggan menyapa diri yang sudah 

mulai lelah, dalam langkah  kesendirian 

mengayuh pelahan, layu mata mula terasa  

bagaikan cerita hidup berhenti seketika, hanya 

kini menantikan mimpi indah bakal lahir didalam 

lena, dalam bersendirian yang ingin berlari 

tidurku hanya bertemankan sepi.

Thursday 21 April 2011

Al-fatihah buat Allahyarham Mohd Shamshuri bin Mohd Nor


Kehidupan bagaikan bintang bintang dilangit

diwaktu malam, seperti juga  lagu dan irama 

yang tidak boleh dipisahkan, namun malam ini 

langit begitu suram,  sepinya tanpa bintang dan 

bulan seolah olah turut bersedih dengan takdir 

yang ditentukan oleh mu Ya Allah . Kehidupan 

manusia yang sentiasa mempunyai rintangan dan 

cabaran dalam kehidupan. Bagaikan setitis air 

dilautan untuk meneroka dunia dilangit, 

begitulah takdirnya kehidupan dan pemikiran  

manusia, yang sukar untuk difahami walaupun 

cuba mentafsirnya secara halus.



Keunikan alam cakerawala yang dipenuhi pelbagai 

misteri yang boleh dianggap sebagai khazanah 

ilmu yang tiada tolok bandingnya. Namun,  aku 

tidak mampu untuk menerokanya kerana mata ku  

hanya mampu mendogak keruang angkasa dikala 

terkenang sahabat yang yang telah pergi.



Kadang kala hehidupan sebagai manusia juga 

tidak semestinya sempurna, seperti lumrah alam 

yang berputar waktu dipenuhi qada dan dadar 

sebagai takdir dan hukum karma yang menyeliputi 

kabus kabus kehidupan, setiap kehidupan yang 

dilahirkan pasti akan berakhir dengan kematian 

itulah lumrah alam yang tidak dapat kita 

sebagai manusia elakkan,



Jam 5.30 petang aku dikejutkan dengan pesanan 

ringkas yang dihantar sahabat baik ku  Syed 

Yazid Al-Saggoff , terkesima aku seketika, 

namun Qadadan Qadar yang ditentukan merupakan 

ketetapan Allah keatas satu-satu ketentuan

serta perlaksanaannya.Walaupun keadaan ku tidak 

mengizinkan aku untuk pergi menziarah, namun 

demi memberikan penghormatan terakhir, ku 

gagahkan jua.



Didalam heningnya sang malam Aku bersama teman 

seperjuanga Syed Udin , Arif, Abang Adik dan 

Abang lan, memandang ke satu arah dimana liang 

lahat digali dengan rapinya, hanya menanti 

jenazah arwah tiba dikawasan pemakaman,

Seiring berjalannya sunyi malam,  kini Kelu 

lidah ku seribu bahasa diketika melihat jenazah 

arwah diturunkan dari kenderaan jenazah. Sedih 

pilu bila mengenangkan nilai persahabatan yang 

terlahir tetapi berakhir melihatnya di liang 

lahat, kemalangan ngeri yang menghayat hati 

merangut nyawa arwah, Aku terbentur jawab yang 

belum juga terungkap kepada cerita sebenar, 

namun jenazah arwah dikapan rapi dan tidak 

seorang pun diantara kami yang dibenarkan 

melihatnya,


Diketika jenazah diliang lahat kelihatan ahli 

keluarga arwah yang sedang berduka,  Aku tahu 

bahawa mereka tidak mampu untuk melepaskannya. 

Meronta dalam tangisan dan kesedihan  yang 

merasuki jiwa tetapi mengapa bahagia beranjak 

pergi, kini hanya tangisan dan kesedihan  yang 

menemani ahli keluarga.


Jauh kudekap, ditepis sunyi mencercap,  jenazah 

arwah selamat dikebumikan, langit bagaikan 

turut bersedih awan hitam mula berkumpul, 

titisan hujan bagaikan tangisan mula menitis 

membasahi bumi, dimalam sunyi jenazah telah 

disemadikan, dikotak fikiran ku mengapa harus 

berakhir seperti ini, keindahan persahabatan

Itu akan kekal sebagai kenangan, malam ini ku 

memohon kepada mu Ya Allah, buatlah aku tegar 

untuk menerima kenyataan ini bila memang ini 

jalan yang terbaik yang telah ditentukan oleh 

mu,


Kepada para pembaca yang beragama Islam lagi 

budiman , diriku yang hina ini memohon 

sekelumit ihsan dari semua pembaca untuk  

bersedekahkan Al-fatihah kepada sahabat serta 

teman seperjuangan ku, yang telah pulang 

kepangkuan Ilahi,



Mari kita Sedekahkan Al-Fatihah untuk 

Allahyarham Mohd Shamshuri bin Mohd Nor Semoga 

allahyarham tergolong dalam golongan para 

syuhada


“Mereka itu akan bersama-sama dengan orang-

orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, 

yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang 

yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan 

mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya.” 

(Surah An Nisaa: 69)


"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang 

gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka 


itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezki. 

mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia 

Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan 

mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang 

masih tinggal di belakang yang belum menyusul 

mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap 

mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

(Surah Ali Imran: 169-170)






Allahyarham Mohd Shamshuri 
bin Mohd Nor 
dalam kenangan 






Video Pengkebumian
 Allahyarham Mohd Shamshuri bin Mohd Nor