Thursday 14 April 2011

DIKALA TERSENYUM



Sekali lagi aku terasa dipangil mencoret diruangan Hitam Putih 

kehidupan ini .. melangkah malas aku berlalu justeru mataku 

memandang jauh keluar jendela, kulihat langit  yang semakin 

mendung memberi ilham bayangan di kotak fikiran, Mengimbau 

bayangan manis yang memjadi kenangan asam garam kehidupan dunia, 

pada waktu yang kian sempit di hujung senja, dadaku nyaris 

terbelah kerana dentuman  petir melolong sengit dilangit, kejutan 

sepontan yang hadir  sekali lagi memberi peluang kotak fikiran ku

membayangkan kenangan kenangan lalu, dan semakin difikirkan  

semakin membuncah bagaikan petir yang merobek langit..

Dikala renungan ku menjauh, aku mula merebahkan badan  diatas 

singgahsana beradu ku. Aku berharap aku akan lena terus diulit 

intan. Aku menarik nafas sedalamnya.. dengan seribu harapan 

lenaku tidak ditepuk gelisah, ku hembus nafasku ke udara untuk 

menghilangkan gambaran bayangan yang bermain disegenap imaginasi 

benak fikiran ku, seketika aku mengukis senyumam, kerna terbayang

gambaran yang pasti, apa yang kusimpan selama ini akan ku kongsi 

bersama umum...



Hari hari turun ke gua,


Sarat membawa buah buahan,

Mari kita senyum semua,

Terjalin ikatan mudah mudahan,



Pergi belanja di pasar minggu,

Tempat orang bersabung ayam,

Kesempatan ini memang ditunggu,

Pabila dilihat pasti tersenyum.



Senyum di wajah terjadi akibat bergeraknya atau timbulnya suatu
gerakan di bibir atau kedua hujungnya, atau pula di sekitar mata.
Kebanyakan orang senyum untuk menampilkan kebahagian dan rasa 
senang serta perasaan sayang.

Senyum itu datang dari rasa kebahagian atau  adanya sesuatu yang
membuat insan bergelar manusia tersenyum, Secara umumnya 
seseorang yang tersenyum dengan ikhlas dan  raut wajahnya akan
kelihatan lebih manis atau menjadi lebih cantik kepada kaum hawa,

hulur dayung tarik dayung,
rapat rumput sama ratanya,
tersenyum simpul sambil berkembang payung,
senyum manis lengkap bicara,


dayung dayung perahu cina,
anak perawan dalam perahu,
sungguhlah molek senyum manisnya,
senyum yang ikhlas tak siapa yang tahu,

tebar menebar terbuka jala,
ikan mengena haluan perahu,
gambar dipapar senyum ditala,
senyum senyum selagi mahu.

tadaaaaaa senyum ku bersama teman....




































































































Pohon pohon tinggi sehasta,

Tempatlah budak berjuntai kaki,

Itulah senyuman itulah harta,

Menjadi kenangan sangat bererti.



Pucuk pauh batangnya pauh,

Tengah tengah pokok mengkudu,

Sahabat baik sangat lah jauh,

Senyuman dilihat pengubat rindu.
























Senyum ku membawa sejuta erti, sinarnya bagaikan kerdipan bintang 

dilangit, dikala ku berduka aku tetap akan tersenyum mesra, 

dengan senyuman juga aku hulurkan terima kasih,  setiap senyuman 

yang ikhlas adalah datangnya dari hati yang bersih.. persoalannya 


mampukah aku tersenyum?

2 comments:

  1. selagy ada k'ikhlasan wujud di dlm hati,
    selagy mutiara hati bersinar tegar di kamar hati,
    selagy mentari memancar sinar terik,
    selagy mlam mhembuskn bayunya,
    selagy ada tman Stia mnceriakan suasana,
    selagy ada nadi yg xpnah henti bdegup,
    selagy itu abg jai akan mampu tersenyum :)

    laguu bLogggg best!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. yeahhhhh.... tq dear...... nak senyum sampai telinga :)muaks

    ReplyDelete