Thursday 21 April 2011

Al-fatihah buat Allahyarham Mohd Shamshuri bin Mohd Nor


Kehidupan bagaikan bintang bintang dilangit

diwaktu malam, seperti juga  lagu dan irama 

yang tidak boleh dipisahkan, namun malam ini 

langit begitu suram,  sepinya tanpa bintang dan 

bulan seolah olah turut bersedih dengan takdir 

yang ditentukan oleh mu Ya Allah . Kehidupan 

manusia yang sentiasa mempunyai rintangan dan 

cabaran dalam kehidupan. Bagaikan setitis air 

dilautan untuk meneroka dunia dilangit, 

begitulah takdirnya kehidupan dan pemikiran  

manusia, yang sukar untuk difahami walaupun 

cuba mentafsirnya secara halus.



Keunikan alam cakerawala yang dipenuhi pelbagai 

misteri yang boleh dianggap sebagai khazanah 

ilmu yang tiada tolok bandingnya. Namun,  aku 

tidak mampu untuk menerokanya kerana mata ku  

hanya mampu mendogak keruang angkasa dikala 

terkenang sahabat yang yang telah pergi.



Kadang kala hehidupan sebagai manusia juga 

tidak semestinya sempurna, seperti lumrah alam 

yang berputar waktu dipenuhi qada dan dadar 

sebagai takdir dan hukum karma yang menyeliputi 

kabus kabus kehidupan, setiap kehidupan yang 

dilahirkan pasti akan berakhir dengan kematian 

itulah lumrah alam yang tidak dapat kita 

sebagai manusia elakkan,



Jam 5.30 petang aku dikejutkan dengan pesanan 

ringkas yang dihantar sahabat baik ku  Syed 

Yazid Al-Saggoff , terkesima aku seketika, 

namun Qadadan Qadar yang ditentukan merupakan 

ketetapan Allah keatas satu-satu ketentuan

serta perlaksanaannya.Walaupun keadaan ku tidak 

mengizinkan aku untuk pergi menziarah, namun 

demi memberikan penghormatan terakhir, ku 

gagahkan jua.



Didalam heningnya sang malam Aku bersama teman 

seperjuanga Syed Udin , Arif, Abang Adik dan 

Abang lan, memandang ke satu arah dimana liang 

lahat digali dengan rapinya, hanya menanti 

jenazah arwah tiba dikawasan pemakaman,

Seiring berjalannya sunyi malam,  kini Kelu 

lidah ku seribu bahasa diketika melihat jenazah 

arwah diturunkan dari kenderaan jenazah. Sedih 

pilu bila mengenangkan nilai persahabatan yang 

terlahir tetapi berakhir melihatnya di liang 

lahat, kemalangan ngeri yang menghayat hati 

merangut nyawa arwah, Aku terbentur jawab yang 

belum juga terungkap kepada cerita sebenar, 

namun jenazah arwah dikapan rapi dan tidak 

seorang pun diantara kami yang dibenarkan 

melihatnya,


Diketika jenazah diliang lahat kelihatan ahli 

keluarga arwah yang sedang berduka,  Aku tahu 

bahawa mereka tidak mampu untuk melepaskannya. 

Meronta dalam tangisan dan kesedihan  yang 

merasuki jiwa tetapi mengapa bahagia beranjak 

pergi, kini hanya tangisan dan kesedihan  yang 

menemani ahli keluarga.


Jauh kudekap, ditepis sunyi mencercap,  jenazah 

arwah selamat dikebumikan, langit bagaikan 

turut bersedih awan hitam mula berkumpul, 

titisan hujan bagaikan tangisan mula menitis 

membasahi bumi, dimalam sunyi jenazah telah 

disemadikan, dikotak fikiran ku mengapa harus 

berakhir seperti ini, keindahan persahabatan

Itu akan kekal sebagai kenangan, malam ini ku 

memohon kepada mu Ya Allah, buatlah aku tegar 

untuk menerima kenyataan ini bila memang ini 

jalan yang terbaik yang telah ditentukan oleh 

mu,


Kepada para pembaca yang beragama Islam lagi 

budiman , diriku yang hina ini memohon 

sekelumit ihsan dari semua pembaca untuk  

bersedekahkan Al-fatihah kepada sahabat serta 

teman seperjuangan ku, yang telah pulang 

kepangkuan Ilahi,



Mari kita Sedekahkan Al-Fatihah untuk 

Allahyarham Mohd Shamshuri bin Mohd Nor Semoga 

allahyarham tergolong dalam golongan para 

syuhada


“Mereka itu akan bersama-sama dengan orang-

orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, 

yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang 

yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan 

mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya.” 

(Surah An Nisaa: 69)


"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang 

gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka 


itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezki. 

mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia 

Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan 

mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang 

masih tinggal di belakang yang belum menyusul 

mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap 

mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

(Surah Ali Imran: 169-170)






Allahyarham Mohd Shamshuri 
bin Mohd Nor 
dalam kenangan 






Video Pengkebumian
 Allahyarham Mohd Shamshuri bin Mohd Nor 

1 comment: