Friday 15 April 2011

Lihatlah Secara Halus...





Dikala sunyi aku yang hina,  sering memikirkan 

seribu kemanisan yang berlalu dan mendatang, 

perumpamaan  manisnya laksana gula dan pahitnya 

ku telan jua,kenangan membelai kalbu menusuk 

jiwa, menyedarkan penuh ikhlas umpama bukit 

yang diselimut kabus, janganlah di 

buang dek dagang nak lalu sesungguhnya ku sedar 

aku insan hina.



Melangkah pasti mencari ketenangan, tiada mata 

yang memandang Setiap gerak langkah ku tiada 

yang peduli pergerakan ku, dan hanya Kesepian 

menjadi teman hidupku. Berlalu melangkah dari 

sudut jualan ke sudut jualan, sementara 

pandangan ku melilau mencari kembaran yang 

hadir bersama ku, didalam hati ku berbisik 

pasrah 

“ jangan alpa pada diri dan kejadian Kelak 

sendiri akan merana berusaha menanganinya dan 

jangan berhenti berharap”.



Langkah ku terhenti pencarian ku hampir 

berakhir, kelihatan jari jemari halus 

kembaran yang hadir bersama ku, sedang memilih 


sesuatu yang sesuai untuknya. Aku mula megukir 

senyuman melihat gelagat nya memilih yang apa 

yang sesuai dengan nya, tanpa memikirkan apa 

apa melangkah malas keruangan paparan barangan,

Sejurus aku melangkah, aku mula kedengaran 

suara suara halus si dara yang mula membisik 

dan memandang kearah ku, sedikit demi sedikit 

seluruh pandangan mula kearahku, keselesaan ku 

mula hilang dan kejanggalan mula timbul. 

Kelihatan si dara menunduk malu dan mencuri 

pandangan kearahku, aku merasakan bagaikan hak 

istimewa si dara telah ku ganggu.


Pandangan ku terpanah ke pada sesuatu yang tak 

pernah ku ambil tahu, tangan ku dengan lajunya

mencapai sesuatu yang berwarna hitam, bukan 

niat ku membuatkan kaum hawa tersimpul malu, 

tetapi tidaklah salah pelajari ilmu kepada 

sesuatu yang aku sendiri tak tahu, sedangkan 

budaya asing juga insan bergelar manusia

pelajari , inikan pula sesuatu yang yang 

dimiliki oleh kaum hawa yang sememangnya khas 

buat kaum adam, Hati ku berbicara seketika 

“sedarlah jangan berlengah, si dara 

memerhatikan mu!,hentikan sebelum semuanya mula 

mentertawakan mu! ” 

kerana sikap ingin tahu ku suara hatiku mula ku 

abaikan.


Ditangan ku adalah sesuatu yang menarik 

perhatian, tidak pernah ku terfikir 

untuk melihatnya secara halus.

Justeru tanpa kusedari, aku disapa oleh sidara,

“ minat ker bang”

aku tersenyum tersimpul bahasa, ingin ku 

bersuara  tetapi bahasa sendiri tersimpul mati,  

hati berdetik “bagaimana nak berbahasa Kiranya 

lidah ku kelu tak berperi? Aku mula malu dan

wajahku mula kemerah- merahan. Di suatu sudut 

kembaran yang hadir bersamaku  bergelar si adik 

mula mentertawakan ku.



  
Ditangan ku masih ku pegang sesuatu yang 

dikenali “Push Up Bra” . munkin ramai pembaca 

lelaki termasuk diri ku yang hina ini tidak 

mengatahui secara amnya apa itu “Push Up Bra” 

elemen penampilah kaum hawa akan lebih 

menyerlah dan  memberi pengaruh besar kepada 

penampilan diri mereka. Si pemakai akan 

kelihatan lebih anggun sehingga ia menjadikan 

penampilannya untuk kelihatan menarik. Si 

Pemakaian “Push Up Bra” memberi individu 

memiliki aura tersendiri yang mungkin tidak 

mampu diungkap. Diperbuat dari bahan super 

lembut atau span dan dengan poket atau kantung 

yang memuatkan payu dara pada cup bahagian 

dalam untuk menyusupkan Span tambahan hingga 

menjadikan payu dara membesar dua kali ganda 

dan sexy, itu lah Push Up Bra… kepada semua 

kaum adam, cuba-cuba lah mengintai kerna setiap

penampilan seksi kaum hawa akan menjadi dambaan

dan angan kepada kaum adam . Bagaikan tersisip 

ukiran khayal kenyataan nun di hujung jalan. 

selalu jadi kalam setiap insan untuk kelihatan 

lebih menarik di setiap sudut sehingga meniti 

setiap urat dan nadi, pada lena dan jaga atas 

nisan rahsia untuk kelihatan lebih menarik dah 

bergaya lakukan nya dengan selesa, itulah 

pandangan ku untuk para pengguna “Push Up Bra”

untuk kelihatan menarik apalah salah nya,





Apa yang ku tularkan sebagai coretan ini, 

bukanlah berniat sebagai penghinaan, 

hanya berkongsi rahsia hitam putih pengalaman 

ku, supaya menjadi kenangan manis yang panjang 

dalam mempelajari sesuatu yang baru, Yang akan  

mencanting corak jiwa untuk lebih memahami 

keperluan si hawa, pada lembar sutera rasa yang

penuh hormat aku menyusun sepuluh jari, jika si 

hawa tidak selesa membacanya.

No comments:

Post a Comment