Sekali lagi aku terasa dipangil mencoret diruangan Hitam Putih
kehidupan ini .. melangkah malas aku berlalu justeru mataku
memandang jauh keluar jendela, kulihat langit yang semakin
mendung memberi ilham bayangan di kotak fikiran, Mengimbau
bayangan manis yang memjadi kenangan asam garam kehidupan dunia,
pada waktu yang kian sempit di hujung senja, dadaku nyaris
terbelah kerana dentuman petir melolong sengit dilangit, kejutan
sepontan yang hadir sekali lagi memberi peluang kotak fikiran ku
membayangkan kenangan kenangan lalu, dan semakin difikirkan
semakin membuncah bagaikan petir yang merobek langit..
Dikala renungan ku menjauh, aku mula merebahkan badan diatas
singgahsana beradu ku. Aku berharap aku akan lena terus diulit
intan. Aku menarik nafas sedalamnya.. dengan seribu harapan
lenaku tidak ditepuk gelisah, ku hembus nafasku ke udara untuk
menghilangkan gambaran bayangan yang bermain disegenap imaginasi
benak fikiran ku, seketika aku mengukis senyumam, kerna terbayang
gambaran yang pasti, apa yang kusimpan selama ini akan ku kongsi
bersama umum...
Hari hari turun ke gua,
Sarat membawa buah buahan,
Mari kita senyum semua,
Terjalin ikatan mudah mudahan,
Pergi belanja di pasar minggu,
Tempat orang bersabung ayam,
Kesempatan ini memang ditunggu,
Pabila dilihat pasti tersenyum.
Senyum di wajah terjadi akibat bergeraknya atau timbulnya suatu
gerakan di bibir atau kedua hujungnya, atau pula di sekitar mata.
Kebanyakan orang senyum untuk menampilkan kebahagian dan rasa
senang serta perasaan sayang.
membuat insan bergelar manusia tersenyum, Secara umumnya
seseorang yang tersenyum dengan ikhlas dan raut wajahnya akan
kelihatan lebih manis atau menjadi lebih cantik kepada kaum hawa,
hulur dayung tarik dayung,
rapat rumput sama ratanya,
tersenyum simpul sambil berkembang payung,
senyum manis lengkap bicara,
dayung dayung perahu cina,
anak perawan dalam perahu,
sungguhlah molek senyum manisnya,
senyum yang ikhlas tak siapa yang tahu,
tebar menebar terbuka jala,
ikan mengena haluan perahu,
gambar dipapar senyum ditala,
senyum senyum selagi mahu.
tadaaaaaa senyum ku bersama teman....
Pohon pohon tinggi sehasta,
Tempatlah budak berjuntai kaki,
Itulah senyuman itulah harta,
Menjadi kenangan sangat bererti.
Pucuk pauh batangnya pauh,
Tengah tengah pokok mengkudu,
Sahabat baik sangat lah jauh,
Senyum ku membawa sejuta erti, sinarnya bagaikan kerdipan bintang
dilangit, dikala ku berduka aku tetap akan tersenyum mesra,
dengan senyuman juga aku hulurkan terima kasih, setiap senyuman
yang ikhlas adalah datangnya dari hati yang bersih.. persoalannya
mampukah aku tersenyum?
selagy ada k'ikhlasan wujud di dlm hati,
ReplyDeleteselagy mutiara hati bersinar tegar di kamar hati,
selagy mentari memancar sinar terik,
selagy mlam mhembuskn bayunya,
selagy ada tman Stia mnceriakan suasana,
selagy ada nadi yg xpnah henti bdegup,
selagy itu abg jai akan mampu tersenyum :)
laguu bLogggg best!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
yeahhhhh.... tq dear...... nak senyum sampai telinga :)muaks
ReplyDelete